Visi

Menjadikan tadika yang progresif bagi menjana ilmu dan modal insan dalam menerajui proses pendidikan.

Misi

Melahirkan generasi permata celik minda yang berpotensi, berkemahiran, kreatif dan inovatif melalui penerapan nilai- nilai murni bagi merealisasikan wawasan Negara.


MATLAMAT : Bagi merealisasikan visi dan misi di atas:

a) Menyediakan tenaga pengajaran yang berpengalaman dan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

b) Menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat.

c) Menyediakan kemudahan yang lengkap bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Tuesday 29 March 2011

Kurikulum

Tadika Salsabila menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.  Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

     Tadika Salsabila menggunak Modul Bertema  dalam setiap matapelajaran yang telah disusun iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif.  modul ini juga dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.  

                    PROGRAM BERKALA/ TAKWIM TADIKA SALSABILA


                        TAKWIM  TAHUNAN  TADIKA  SALSABILA


BULAN
AKTIVITI / PROGRAM
JANUARI
v     Hari Pendaftaran dan Minggu Suaikenal
FEBRUARI
v     Hari Penjagaan Gigi
MAC
v     Temasya Sukan Salsabila
APRIL
v     Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru
MEI
v     Sambutan Hari Guru
v     Sambutan Hari Ibu
JUN
v     Sambutan Hari Bapa
JULAI
v     Hari Hijau : Selamatkan Bumi Kita!
v     Sambutan Hari Kanak-Kanak Salsabila : Bercerita, Mewarna, Pakaian Beragam
OGOS
v     Sambutan Hari Kebangsaan
v     Sambutan Hari Raya Aidilfitri
SEPTEMBER
v     Hari Terbuka
OKTOBER
v     Lawatan sambil Belajar
NOVEMBER
v     Ujian Akhir Tahun
v     Konsert Tahunan
v     Hari Konvokesyen
DISEMBER
v     Cuti Sekolah


*      Sambutan Hari Lahir Guru dan Murid-murid ( Sekali dalam 2 bulan) :
Contoh : –  Januari  dan  Februari


No comments:

Post a Comment