Visi

Menjadikan tadika yang progresif bagi menjana ilmu dan modal insan dalam menerajui proses pendidikan.

Misi

Melahirkan generasi permata celik minda yang berpotensi, berkemahiran, kreatif dan inovatif melalui penerapan nilai- nilai murni bagi merealisasikan wawasan Negara.


MATLAMAT : Bagi merealisasikan visi dan misi di atas:

a) Menyediakan tenaga pengajaran yang berpengalaman dan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

b) Menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat.

c) Menyediakan kemudahan yang lengkap bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Tuesday 29 March 2011

Logo

Logo tadika Salsabila mempunyai empat perkara asas iaitu sungai, bukit, pokok dan matahari.  Setiap perkara asas tersebut mempunyai sebab yang tertentu.

Matahari melambangkan cahaya iaitu ilmu yang di curahkan kepada kanak-kanak yang belajar di tadika Salsabila.  Tanpa ilmu kehidupan seseorang mungkin gelap.  Apa yang di harapkan ialah tadika Salsabila dapat memberikan sinar dan cahaya bagi menerangi kanak-kanak tersebut bagi menempuhi masa hadapan yang berliku dengan penerapan kurikulum yang telah di lakukan.

Bukit pula melambangkan peningkatan pembelajaran seseorang kanak-kanak.  Matlamat tadika Salsabila agar dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu yang bersesuaian serta membentuk perkembangan yang lebih sistematik.  Walaubagaimanapun, perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza, oleh itu mungkin juga terdapat kanak-kanak tidak dapat berkembangan dengan lebih baik dalam pelajaran, namun tadika Salsabila cuba untuk membaiki segala kelemahan kanak-kanak tersebut bagi mencapai objektif yang telah di tetapkan.

Sungai pula melambangkan dimana air yang sentiasa mengalir.  Ini menandakan bahawa kanak-kanak memerlukan ilmu yang berterusan.  Oleh itu kami menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berterusan kepada kanak-kanak di tadika Salsabila.

Pokok pula melambangkan tempat berteduh.  Di sini, pokok boleh di rujuk sebagai tadika Salsabila iaitu memberikan segala khidmat pendidikan secara berterusan kepada kanak-kanak.  Selain itu juga, pengajaran dan bahan yang digunakan sentiasa di pertingkatkan agar kanak-kanak mendapat pendidikan yang sebaiknya bagi perkembangan mereka.


No comments:

Post a Comment